-Kebakaran di bangunan-bangunan seperti pejabat,hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah, dan rumah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa yang baik dilaksanakan.

-Penceghan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untukmenghapuskan dari berlaku di rumah atau tempat kerja anda.

-Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada jabatan pertahanan awam Malaysia atau bomba dan penyelamay Malaysia

-Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen, dan bahan bakar. Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik, dan besi panas. Bahan mudah bakar seperti surat khabar, langsir, pakaian, dan perabut adalah tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol

1.MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH

-Padamkan api mancis dan putung rokok sepenuhnya

-Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak

-Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada kanak-kanak

-Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan

-Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang sepatutnya

-Jangan membuang bara api ke dalam tong sampah

-Kalau boleh pasangkan alat pengesan asap

2.MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

-Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan berlebihan

-Letakkan alat pemadam api di tempat yang senang diambil apabila berlaku kebakaran

-Pastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan elok

-Jangan meletakkan barang-barang yang boleh menghalang pintu kecemasan

-Jangan mengunci pintu kecemasan

3.CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN

*Apabila berlaku kebakaran, jangan cemas lakukan langkah-langkah tersebut:-

-Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan itu

-Tutup pintu untuk mengelakkan api merebak

-Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi pasukan penyelamat seperti jabatan pertahanan awam atau bomba dan penyelamat Malaysia dengan menghubungi talian kecemasan 999

-Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran kecil

-Masuk ke dalam yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik-baiknya menghadap jalanraya

-Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk

4.CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

-Goncangkan alat pemadam api sebelum menggunakannya

-Cabutkan pin keselamatan alat pemadam api

-Acukan muncung alat pemadam api kea rah kebakaran

-Tekan muncung alat pemadam api

-Semburkan ke arah api dengan cara menyapu

-Jangan sembur lawan arah angin. Sebaliknya ikut arah angin

-Semburkan tepat ke arah sumber api

5.MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR

-Tutp mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain, seelol-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk

-Apabila bergerak dalam bangunan berasap gunakan cara meraba-raba dengan tapak tangan mengarah kepada kita untuk menyentuh halangan dan juga bagi mengelakkan kejutan elektrik

-Seorang terperangkap dalam sebuah bilik hendaklah menuju ke dinding dan merayap sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu

-Memasuki bangunan terbakar secara merangkak kerana udara bersih dan sejuk ada di permukaan bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya masih ada lagi cahaya kebakaran

.Dari tingkat pertama

-Perhatian harus diberi kepada tangga ianya punca bahaya. Kemungkinan boleh hangus kerana kepanasan

-Sekiranya menggunakan tangga rapatkan diri ke bahagian dinding

-Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum pijak

-Untuk tangga besi pastikan kepanasannya

-Ada masanya kita gunakkan tingkap/bumbung dapur terus ke bawah dan terjun ke bawah

.Dari tingkat dua

-Jangan panic, gunakan kain-kain selimut atau cadar untuk membuat tali dan ikat pada perabut berat atau tiang

-Hulur tali serendah-rendah yang boleh hingga ke bawah, tentukan keselamatan semasa menuruni cara ini

.Dari tingkat tiga

-Sedikan tali belati untuk menuruni, jika boleh

-Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk menarik perhatian orang di bawah

-Tunggu sehingga bantuan tiba

-Jangan gunakan lif semasa kebakaran

.Jika pakaian anda terbakar

-Jangan panik atau cemas

-Rebahkan badan anda ke bawah dan tutup muka anda dengan tangan

-Gulingkan badan anda beberapa kali untuk memadamkan api. Dengan cara tersebut boleh menyekat oksigen bergabung dengan api dan mengelakkan api daripada mencederakan muka serta mencegah asap daripada memasuki paru-paru anda

*jangan berlari jika pakaina anda terbakar. Hal ini akan menyebabkan api cepat merebak