-Sejauh ini, gegaran bumi yang teruk tiada berlaku di Negara kita, namun, jika terdapat tanda-tanda gegaran yang akan mengancam Malaysia, jabatan kaji cuaca akan bertindak member amaran awal. Dalam keadaan sedemikian, pertahanan awam Malaysia dan polis akan membuat tindakan member amaran awam dan usaha pemindahan serta lain-lain tindakan kecemasan

1.Semasa bencana

>Lindungi diri

-Bertenang

-Berlindung di bawah meja atau dinding dalaman. Jauhi dari tingkap, pintu, rak-rak perhiasan, atau apa sahaja yang boleh runtuh atau mencederakan anda seperti lampu, perabut, dan peralatan lain

>Jauhi dari bangunan

-Jika anda berada di luar, jauhi bangunan-bangunan dan kabel elektrik yang tergantung

-Terus berada di tempat lapang sehingga gegaran berhenti

>Berhati-hati gas bocor

-Jangan gunakan lilin, mancis, atau sebarang bahan bakar semasa dan selepas gegaran kerana mungkin terdapat kebocoran gas

>Hentikan kenderaan

-Jika anda sedang memandu, berhinti segera dan berdiam diri di dalam kenderaan anda

-Elakkan daripada berhenti berdekatan atau di bawah poko, bangunan, jambatan, jejantas, dan kabel elektrik tergantung

*usah cemas jika bekalan elektrik terputus atau amaran system air pemadam api (fire sprinkler)

Dibunyikan

2. Selepas gegaran berhenti

>Beredar secara teratur

-Jangan menyerbu ke pintu keluar kerana ini akan menyebabkan rempuhan. Sebaliknya bertenanga dan bergerak secara bergilir-gilir

>Jangan memegang sebaran wayar elektrik yang rosak

-Jangan memegang wayar elektrik yang rosak. Laporkan juga kebocoran gas kalau ada

-Beri bantuan kepada mereka yang tercedera atau memerlukan bantuan. Hubungi jabatan pertahanan awam atau polis jika perlu

>Periksa bagi kerosakan struktur

-Periksa rumah anda bagi kerosakan struktur dan laporkan kepada pihak penguasa

3.JIka terperangkap

-Duduk diam dan lindungi kepala dan muka anda dari serpihan atau objek-objek lain yang mungkin jatuh dengan menggunakan baju, selimut, surat khabar, kotak, tilam, dan lain-lain

-Jauhi kawasan yang kelihatan berbahaya atau kurang stabil

-Bersandar pada tembok yang tidak bertingkap kaca atau yang mempunyai rak di atas.jika boleh, merangkaklah ke bawah meja katil kerana ia member anda ruang udara untuk bernafas di samping perlindungan dari sebarang runtuhan kecil

-Jika danda sudah berada di tempat yang agak selamat, jangan ke mana-mana. Elakkan menggunakan tangga atau lif kerana selalunya terdapat bahaya lain seperti runtuhan kecil, anak tangga atau lorong keluar yang telah musnah dan ganguan kuasa di dalam lif dan terowong lif

-Gunakan lampu suluh untuk menarik perhatian. Bagaimanpun, jangan hidupkan suis lampu atau mancis, dapur gas dan sebagainya. Kerana dikhuatiri terdapat kebocoran gas

-Jika anda tersepit atau terhimpit di bawah runtuhan, cuba gerakkan jari-jemari tangan dan kaki anda bagi memastikan peredaran darah anda tidak tersumbat dan menelakkan pembekuan darah

-Kekalkan semangat hidup yang tinggi dengan memikirkan orang-orang yang anda sayangi

-Bertenang, berwaspada dan sahut jika anda mendengar panggilan para penyelamat. Bagaimanapun, jangan teriak tanpa sebab keran ini akan melemahkan anda

-Cuba tarik perhatian para penyelamat dengan lampu suluh, ketukan pada dinding atau teriak jika anda pasti para penyelamat anda berdekata